JOM LIHAT APA ITU TOPENG MUKA KN95
top of page

JOM LIHAT APA ITU TOPENG MUKA KN95



Apa itu topeng muka KN95?

Series KN merupakan topeng muka yang mencapai tahap “GB 2626-2006 “yang ditetapkan oleh pihak negara China. Nombor yang muncul selepas “KN” menyatakan tahap filtrasi “non-oil based particles” tentang topeng muka tersebut. 95 bermaksud topeng muka tersebut mempunyai tahap filtrasi “non-oil based particles” yang mencapai 95% atau ke atas. 90 bermaksud topeng muka tersebut mempunyai tahap filtrasi “non-oil based particles” yang mencapai 90% atau ke atas. Manakala 100 bermaksud topeng muka tersebut mempunyai tahap filtrasi “non-oil based particles” yang mencapai 99.97% atau ke atas.

Apakah perbezaan antara KN95 and N95?

N95 adalah berdasarkan tahap NIOSH yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat, manakala KN95 berdasarkan panduan “GB2626-2006” dari negara China. Tahap perlindungan kedua-dua topeng adalah lebih kurang sama, hanya mereka mengikuti tahap ujian dari negara yang berbeza. Kedua-dua N95 dan KN95 merupakan respirator yang dirancang dengan kemampuan filtrasi “non-oil based particles” yang mencapai tahap tidak rendah daripada 95%.


Bolehkah topeng muka KN95 digunakan semula?

Berdasarkan panduan “GB 2626-2006”, KN95 diklasifikasi sebagai topeng muka “disposable”. Bagi individu yang sihat, topeng KN95 boleh dipakai semula sehinggalah terdapat koyak, rosak atau kesan kotor. Anda perlu memastikan topeng tidak tercemar semasa memakai dan membuka topeng. Letakkan topeng dalam beg tertutup dan letakkan di tempat yang bersih dan kering. Terdapat risiko tertentu dalam penggunaan semula topeng. Oleh itu, apabila topeng bersentuh dengan bahan pencemar, ia harus dilupuskan mengikut kaedah pelupusan sampah yang berkaitan.


Bilakah anda perlu tukar topeng muka?

Anda perlu tukar topeng muka tersebut jika berlaku situasi yang seperti berikut: 1. Apabila impedans pernafasan meningkat 2. Apabila topeng terdapat sebarang koyakan atau kebocoran 3. Apabila topeng dan muka tidak dapat dirapati 4. Apabila topeng tercemar (seperti kotoran darah atau titisan) 5. Digunakan di wad pengasingan atau pernah berdekatan dengan pesakit


Adakah risiko perjangkitan virus dihapuskan dengan memakai topeng muka jenis KN95?

Walaupun penggunaan topeng muka KN95 dengan cara yang betul dapat merendahkan risiko perjangkitan virus, ini tidak bermaksud tidah wujud risikonya. Orang ramai harus sentiasa mematuhi langkah-langkah pencegahan virus yang ditentukan oleh negara, seperti mengamalkan “social distancing” dan tahap kebersihan yang tinggi.


Perkara yang perlu diberi perhatian
  1. Cuci tangan anda terlebih dahulu sebelum memakai mask dan elakkan daripada menyentuh bahagian dalam mask KN95 semasa memakai untuk mengurangi kemungkinan terkontaminasi virus.

  2. Membezakan bahagian topeng KN95 dengan teliti. Sisi yang bercetak adalah bahagian luar. Manakala sisi yang mengandungi jalur besi halus perlu berada di bahagian atas.

  3. Pastikan topeng KN95 dibentuk dengan rapat pada muka. Kaedah yang paling mudah untuk memastikan anda memakai dengan betul ialah: selepas memakai topeng, hembus dengan kuat, udara tidak dapat keluar dari tepi jika topeng muka dipakai dengan betul.


0 comments
bottom of page